Selamat Datang Ke SMK Sungai Pasir
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir yang terletak di mukim Sungai Pasir, daerah Kuala Muda kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Dibuka pada 1 Jan 1985, di bawah pentadbiran SMK Khir Johari II sebagai sekolah cawangan.Hari / Masa Operasi
Ahad-Rabu 08:00 AM – 5:00 PM
Khamis 08:00 AM – 3:30 PM
Jumaat-Sabtu Tutup
Hubungi Kami
Telefon/Faks 04 - 4311764
Email smksgpasir.ppdkmy@gmail.com
Kata Aluan Pengetua
Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhDalam meniti era globalisasi ini, ditambah dengan bahang kepesatan dalam bidang pendidikan yang pelbagai, warga pendidik dituntut untuk menguasai teknologi dan pengetahuan baru sesuai dengan perkembangan semasa. Selari dengan aspirasi dan harapan ibu bapa, pelajar, masyarakat dan negara terhadap institusi sekolah, kita perlu banyak berkorban dalam pelbagai aspek untuk memenuhi visidan misi tersebut.
Warga SMKSP telah mengorak langkah dengan melangksanakan pelbagai program dan aktiviti ke arah kecemermelangan pelajar. Sokongan padu daripada semua pihak terutamanya pihak PIBG, sama ada dalam bentuk moral, spiritual mahupun material banyak membantu pihak sekolah untuk melaksanakan komitmen sebagai pendidik dengan sempurna dan melahirkan lebih ramai lagi anak-anak didik yang berjaya dalam pelbagai bidang.
Akhir kata, ucapan tahniah kepada pelajar yang berjaya mencipta nama dan guru-guru yang sentiasa menjadi pendorong dan pembakar semangat atas kejayaan mereka. Saya berdoa semoga segala i pian murni ini dapat dirialisasikan dengan jayanya.
Visi
Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera.
Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera.
Misi
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Fokus Sekolah
Melestarikan kegemilangan kurikulum dan kokurikulum bagi menjadikan SMKSP unggul berlandaskan iman dan taqwa.
Melestarikan kegemilangan kurikulum dan kokurikulum bagi menjadikan SMKSP unggul berlandaskan iman dan taqwa.
Transformasi Sekolah 25
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui
-Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
-Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
-Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
-Komitmen komuniti yang padu
-Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah
Pembelajaran Abad Ke-21
Malaysia perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dan berusaha untuk menjayakan usaha tersebut. Bersesuaian dengan matlamat dan zaman, KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun 2014. PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.Komunikasi- Dalam konteks pendidikan, komunikasi merujuk kepada perbualan yang berlaku di antara guru dan murid atau murid dan murid untuk berkongsi ilmu yang difahami bersama rakan-rakan lain.
Kolabratif- Kolaboratif dalam dunia pendidikan adalah kerjasama yang wujud antara guru dan murid atau murid dan murid secara aktif dan menyeluruh, di mana, ia melibatkan pertukaran idea, pendapat atau pengetahuan antara murid-murid.
Pemikiran Kritis- Pemikiran kritis berlaku apabila murid-murid mula meneroka pemikiran mereka untuk menilai idea-idea yang diterima secara rasional dan membuat pertimbangan mengenai idea tersebut melalui penggunaan alasan-alasan yang wajar.
Kreativiti- Dalam kelas abad ke-21, guru boleh meminta muridnya untuk menghasilkan sesuatu produk yang unik, iaitu produk yang lain daripada produk sedia ada. Perkara ini amat bersesuaian dengan ciri-ciri kelas abad ke-21, iaitu pembelajaran berpusatkan murid.
Nilai Murni dan Etika- Elemen ini amat penting untuk diterapkan dalam diri murid-murid supaya ia dapat membentuk jati diri yang tinggi. Guru merupakan insan yang paling rapat dengan murid ketika mereka berada di sekolah. Oleh itu, guru seharusnya berusaha untuk menerapkan nilai-nilai yang positif dalam diri murid-murid semasa sesi PDP berlangsung.